Tuesday, October 20, 2015

Peraturan Am Bilik Sains

Adalah penting bagi setiap murid-murid untuk mengamalkan peraturan bilik sains ketika berada di dalam bilik sains.

Berikut adalah peraturan am ketika berada di dalam bilik sains:
  • Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik sains tanpa kebenaran dan arahan guru.
  • Murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah, makanan dan minuman ke dalam bilik sains.
  • Murid adalah dilarang sama sekali menyentuh sebarang radas dan bahan di dalam bilik sains melainkan mendapat arahan guru untuk berbuat demikian.
  • Murid tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti di dalam bilik sains tanpa kehadiran, kebenaran dan arahan guru.
  • Murid dilarang sama sekali bergurau, bermain dan berlari di dalam bilik sains.
  • Sebarang kerosakan radas mestilah dilaporkan kepada guru dengan segera.
  • Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam botol asalnya.
  • Bahan kimia cecair yang tidak dikehendaki mestilah dibuang ke dalam singki dan dibilas/disingkirkan dengan air.
  • Bahan-bahan pepejal mestilah dibuang ke dalam bakul sampah.
  • Semua radas mestilah dibersihkan dan dikembalikan ke tempat asalnya selepas digunakan.
  • Bahan kimia dan radas sains tidak boleh dialihkan dan dibawa keluar dari bilik sains tanpa kebenaran guru.
  • Murid mesti berdisiplin dan mengikut arahan guru sepanjang berada di dalam bilik sains.
  • Murid mestilah membersih dan mengemas tempat masing-masing sebelum meninggalkan bilik sains.


5 comments:

  1. Apakah sebab peraturan bilik sains perlu dipatuhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada terjadi di dalam bilik makmal itulah mau patuhi itu pun tidak tahu

      Delete
  2. Mengamalkan peraturan bilik sains supaya keselamatan dan keselesaan sebelum,semasa dan selepas menjalankan aktiviti terjamin dan selamat.

    ReplyDelete