Sunday, October 25, 2015

Langkah-langkah Keselamatan Bilik Sains

Semua murid perlu mengetahui serta mengikuti langkah-langkah keselamatan ketika berada di dalam bilik sains untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan ketika berada di dalam bilik sains:
  • Jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia tanpa kebenaran dan arahan guru.
  • Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku, perlu dilapor kepada guru dengan segera.
  • Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang bahan kimia.
  • Bahan kimia pepejal mestilah dikendalikan dengan menggunakan spatula atau sudu.
  • Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas menjalankan sebarang eksperimen.
  • Nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik api atau mancis. Jangan sesekali menggunakan kertas.
  • Batang mancis yang bernyala mesti dipadamkan dengan air sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
  • Jauhkan sebarang bahan yang mudah terbakar daripada sumber api.
  • Bagi pelajar perempuan, ikat rambut yang panjang bagi mengelakkannya daripada terkena api.
  • Semasa memanaskan bahan kimia di dalam tabung uji, jangan halakan mulut tabung uji tersebut kearah diri sendiri atau rakan-rakan.
  • Pakai gogal (goggles) untuk melindungi mata dan sarung tangan untuk melindungi tangan semasa menjalankan eksperimen yang berbahaya.
  • Pakai kot bilik sains (lab coat) untuk melindungi pakaian dan badan.
  • Pakai kasut untuk melindungi kaki.
  • Pakai sarung tangan atau gunakan penyepit untuk memegang sebarang bekas yang panas.
  • Tutup pili gas (gas taps) dan suis elektrik selepas digunakan.
  • Jangan sentuh suis elektrik dengan keadaan tangan yang basah.
  • Gunakan berus dan penyodok untuk membersihkan serpihan kaca daripada radas yang pecah.
  • Keadaan dan ruang di bilik sains mestilah bebas daripada sebarang penghalang bagi mengelakkan kaki tersangkut semasa berjalan.
  • Semua murid mestilah memastikan bilik sains tidak penuh sesak pada setiap masa supaya tidak menjejaskan lalu lintas jika berlakunya kecemasan.
  • Semua murid mestilah mengetahui kedudukan pintu keluar kecemasan.


No comments:

Post a Comment