Monday, October 26, 2015

Pergerakan Tumbuhan

Pergerakan tumbuhan adalah terhad.

Tumbuhan tidak perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari makanan (seperti haiwan) kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis (photosynthesis).

Tumbuhan yang mempunyai batang yang lembut menjalar di atas tanah.

Pokok kacang panjang dan pokok bunga seri pagi melilit pada sokongannya.

Pokok rotan dan pokok bunga ros mempunyai duri bagi membantunya memanjat dan mencangkuk pada sokongannya.

Pokok timun memanjat dengan menggunakan sulur paut.


No comments:

Post a Comment