Thursday, April 28, 2016

Organ Pernafasan Haiwan

Juga seperti manusia, haiwan menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan wap air.

Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan yang berbeza.

Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:

Peparu
  • Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu (lungs).
  • Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.

Peparu.


Spirakel
  • Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.
  • Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.

Spirakel pada serangga.


Insang
  • Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).
  • Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang.

Ikan bernafas melalui insang.


Kulit lembap
  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
  • Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap.

Katak bernafas melalui peparu dan kulit lembap.

33 comments:

  1. Kamu boleh dapat banyak maklumat tentang sains.
    Good you are kind.
    Bijak.

    ReplyDelete
  2. Katak dua organ penafasan mcm mn tu cikgu??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cikgu,
    Macam mana semut bernafas

    ReplyDelete
  4. Di manakah organ pernafasan Rama rama

    ReplyDelete
  5. Bahagian manakah terletaknya spirakel

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cikgu siput kebun apa organ pernafasan nya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cikgu apa organ pernafasan beruang kutub..mohon respon

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum cikgu apakah organ pernafasan semut

    ReplyDelete
  9. Asaalamualaikum cikgu saya nk tanya organ pernafasan udang apa?

    ReplyDelete
  10. SALAM CIKGU.

    SAYA BERTANYA DARI MASA DEPAN

    APA BEZA SISTEM PERNAFASAN MANUSIA DAN LEMBU CONTOHNYA?

    PADA TAHUN 2019 NANTI WUJUDNYA SATU WABAK YANG MENYERANG SISTEM PERNAFASAN MANUSIA. WABAK TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI nCOV-19.

    WABAK INI BERMULA DI WUHAN CHINA DAN TELAH MEREBAK DENGAN PANTAS PADA TAHUN 2020. WABAK INI DIKATAKAN MAMPU MEROSAKKAN SISTEM PERNAFASAN MANUSIA. LEBIH2 LAGI YANG TELAH MEMPUNYAI SAKIT KRONIK.

    SOALAN SAYA, APAKAH LEMBU TIDAK PERNAH TERKENA WABAK YANG SEUMPAMA DENGAN WABAK nCOV19?

    ReplyDelete
  11. Cikgu,organ pernafasan angsa apa ye?

    ReplyDelete
  12. Kalau monyet organ pernafasan apa?

    ReplyDelete
  13. KUMBANG PERNAFASAN IALAH SPIRAKEL KE?

    ReplyDelete