Thursday, June 23, 2016

Interaksi Antara Haiwan

Pada kebiasaannya di dalam sesuatu habitat, terdapat banyak jenis haiwan yang yang terdapat di dalamnya, sama ada daripada spesies yang sama ataupun berlainan spesies.

Haiwan-haiwan yang berada di dalam habitat tersebut perlu berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan asas mereka untuk terus hidup.

Interaksi adalah bermaksud perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.

Interaksi bagi spesies yang sama dikenali sebagai interaksi inTRAspesies.

Interaksi bagi spesies yang berlainan pula adalah dikenali sebagai interaksi inTERspesies.

Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku sama ada dalam bentuk kerjasama atau persaingan. Misalnya,


Dari segi kerjasama

a) Sekumpulan lebah-lebah bekerjasama untuk membina sarangnya.


b) Antelop dan babun hidup dalam satu habitat yang sama. Antelop mempunyai deria pendengaran dan bau yang baik, manakala babun pula mempunyai deria penglihatan yang sangat baik. Ciri-ciri tersebut membentuk kerjasama untuk mengesan kehadiran pemangsa.



Dari segi persaingan

a) Dua ekor ayam bersaing berebut untuk mendapatkan makanan.


b) Burung helang dan ular bersaing untuk mendapatkan sumber makanan yang terhad, iaitu tikus.


1 comment:

  1. Thank you The international travelers who travel to Kenya need visas Kenya and chek visa requirements for Kenya. That they can apply online and can get the 24*7 customer assistant.

    ReplyDelete