Monday, January 11, 2016

Ciri-ciri Khas Tumbuhan Untuk Melindungi Diri Daripada Ancaman

Tumbuhan perlu melindungi diri daripada sebarang ancaman.

Ancaman-ancaman kepada tumbuhan kebiasaannya dilakukan oleh:
  • Manusia.
  • Haiwan.
Tumbuhan biasanya dimusnahkan atau dimakan oleh pelbagai jenis haiwan.

Tumbuhan diguna oleh manusia sebagai sumber makanan dan bahan mentah.

Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas yang tertentu untuk melindungi dirinya daripada sebarang ancaman.

Ciri-ciri khas
Tujuan
Tumbuhan
Duri
Duri tajam  boleh menyakiti atau mencederakan musuh yang mendekatinya.
Pokok kaktus, pokok semalu
Getah
Getah pada daun, buah atau batang boleh menyebabkan musuh berasa gatal apabila tersentuh.
Pokok keladi, pokok nangka
Bulu halus
Bulu halus boleh menyebabkan kegatalan apabila disentuh.
Pokok buluh, pokok tebu
Racun
Racun boleh maut jika dimakan.
Pokok ipoh, pokok pong-pong
Bau busuk
Bau busuk yang dibebaskan menyebabkan musuh menjauhi tumbuhan tersebut.
Pokok tembakau, pokok rafflesia
Melipat daun
Daun semalu yang disentuh akan menguncup untuk menakutkan haiwan yang mendekatinya.
Pokok semalu

Pokok semalu (mimosa pudica) menguncupkan 
daunnya setelah disentuh.

53 comments:

  1. Saya ada soalan,bagaimanakah pokok peria melindungi diri daripada dimakan oleh haiwan

    ReplyDelete
  2. Apakah tumbuhan yang mempunyai dua ciri khas untuk melindungi diri dari musuhnya?

    ReplyDelete
  3. Saya cadangkan untuk meletakkan gambar yang berbentuk nota berwarna warni dan mempunyai corak yang menarik supaya lebih ramai pelajar yang seronok untuk membaca dan melihatnya

    ReplyDelete
  4. Apa tumbuhan yg mempunyai 2 ciri utk melindungi dr musuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terung pipit pokoknya berduri untuk mencederakan musuh dan buahnya yang pahit dan tidak sedap untuk mengelakkan buahnya dimakan musuh

      Delete
  5. Apakah tumbuhan yang mempunyai dua ciri khas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teratai - bijinya yg ring an Dan kalis Air menyebabkan ia terapung dlm air
      Buluh- barang keras Dan berbulu halus

      Delete

  6. apakah ciri khas pokok bunga kertas,rumput gajah ,lantana dan betik

    ReplyDelete
  7. Bunga kertas-pokok berduri
    Rumput gajah-batang boleh lentur bila ditiup angin
    Betik-mempunyai getah utk lindungi diri dari musuh

    ReplyDelete
  8. Apa akan terjadi jika batang bunga semalu di sentuh.?

    ReplyDelete
  9. apakah ciri khas pada pokok lantana..?

    ReplyDelete
  10. apakah ciri khas pokok tebu???

    ReplyDelete
  11. Apakah ciri khas pokok pakma?
    Terima kasih jika menjawab

    ReplyDelete
  12. Apa ciri ciri siantan

    ReplyDelete
  13. bagaimana pokok siantan melindungi diri daripada musuh

    ReplyDelete
  14. bagaimanakah keadaan pokok kaktus dan pokok lada selepas seminggu??

    ReplyDelete
  15. bagaimana pokok pisang melindungi diri

    ReplyDelete
  16. Bagaimanakah pokok cendawan melindungi diri dari ancaman msuh.
    Siapa yang menjawab terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Apakah ciri ciri khas pokok jeremin

    ReplyDelete
  18. apakah ciri perlindungan diri pokok buluh?

    ReplyDelete
  19. apakah ciri ciri khas pokok jeremin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  20. Saya ada soalan, bagaimana pokok jelatang melindungi diri dari musuh

    ReplyDelete
  21. Saya ada soalan, apakah ciri-ciri pokok jeremin

    ReplyDelete
  22. Soalan saya:bagaimanakah cendawan dan rumput melindungi diri
    mereka?

    ReplyDelete
  23. Bagaimanakah pokok pisang melindungi dirinya

    ReplyDelete
  24. Apakah ciri ciri khas cendawan

    ReplyDelete
  25. Saya ada soalan apakah ciri ciri khas pokok jeremin

    ReplyDelete
  26. Saya ada soalan macam mana pokok jeremin menlindungi diri nya dari musuh?

    ReplyDelete
  27. Saya ada soalan macam mana buah mangga dan buah oren melindungi diri daripada musuh?

    ReplyDelete
  28. Apakah ciri khas pokok jeremin dan pokok jelantang?

    ReplyDelete
  29. Hanya satu saja kalian tak sebut pokok kelapa menpunyai apa?

    ReplyDelete
  30. Apakah ciri khas nanas untuk melindungi dari musuh (namakan dua)

    ReplyDelete