Monday, January 11, 2016

Ciri-ciri Khas Tumbuhan Untuk Melindungi Diri Daripada Ancaman

Tumbuhan perlu melindungi diri daripada sebarang ancaman.

Ancaman-ancaman kepada tumbuhan kebiasaannya dilakukan oleh:
  • Manusia.
  • Haiwan.
Tumbuhan biasanya dimusnahkan atau dimakan oleh pelbagai jenis haiwan.

Tumbuhan diguna oleh manusia sebagai sumber makanan dan bahan mentah.

Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas yang tertentu untuk melindungi dirinya daripada sebarang ancaman.

Ciri-ciri khas
Tujuan
Tumbuhan
Duri
Duri tajam  boleh menyakiti atau mencederakan musuh yang mendekatinya.
Pokok kaktus, pokok semalu
Getah
Getah pada daun, buah atau batang boleh menyebabkan musuh berasa gatal apabila tersentuh.
Pokok keladi, pokok nangka
Bulu halus
Bulu halus boleh menyebabkan kegatalan apabila disentuh.
Pokok buluh, pokok tebu
Racun
Racun boleh maut jika dimakan.
Pokok ipoh, pokok pong-pong
Bau busuk
Bau busuk yang dibebaskan menyebabkan musuh menjauhi tumbuhan tersebut.
Pokok tembakau, pokok rafflesia
Melipat daun
Daun semalu yang disentuh akan menguncup untuk menakutkan haiwan yang mendekatinya.
Pokok semalu

Pokok semalu (mimosa pudica) menguncupkan 
daunnya setelah disentuh.

1 comment:

  1. Saya ada soalan,bagaimanakah pokok peria melindungi diri daripada dimakan oleh haiwan

    ReplyDelete