Wednesday, March 23, 2016

Sumber Tenaga Elektrik

Sumber tenaga elektrik (source of electrical energy) ialah sumber yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antara sumber tenaga elektrik yang paling biasa digunakan ialah:
  • Sel kering (dry cell).
  • Sel suria (solar cell).
  • Dinamo (dynamo).
  • Akumulator / Bateri kereta.
  • Generator / Penjana kuasa.

Sel kering.

Sel kering (bateri) diperbuat dengan menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan elektrik. Digunakan dalam jam, lampu suluh, radio, alat permainan, kamera, dan lain-lain. Ianya adalah ringan serta mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kebiasaannya sel kering adalah tidak boleh dicas semula, tetapi ada juga keluaran yang boleh dicas semula.

Sel suria

Sel suria berfungsi untuk mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Digunakan dalam kalkulator, lampu, alat pemanas air dan satelit.

Dinamo.

Dinamo ialah putaran magnet dalam gelungan wayar yang mengubah tenaga kinetik kepada tenaga elektik. Pada kebiasaanya, dinamo dipasang pada roda basikal untuk menyalakan lampu basikal.

Akumulator.

Akumulator / bateri kereta  diperbuat dengan menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik. Ianya adalah berat jika dibandingkan dengan sel kering, tetapi akumulator boleh dicas semula. Kebiasaannya akumulator digunakan pada kenderaaan (kereta, van, bas, lori, dll).

Generator hidroelektrik.

Generator / penjana kuasa hidroelektrik adalah menggunakan kuasa air untuk memutarkan turbin. Turbin (turbine) akan memutarkan dinamo dan seterusnya menghasilkan tenaga elektrik.

Selain daripada sumber-sumber di atas, tenaga elektrik juga boleh dihasilkan dengan menggunakan:
  • Kuasa angin.
  • Ombak.
  • Geoterma.
  • Nuklear.
  • Biojisim.

1 comment: