Monday, December 21, 2015

Tenaga dan Sumber Tenaga

Tenaga (energy) ialah kebolehan untuk membuat kerja.

Semua benda hidup memerlukan tenaga untuk menjalankan proses hidup seperti bergerak, bernafas, dan pertumbuhan.

Manusia memerlukan tenaga untuk menjalankan aktiviti harian seperti berjalan, berlari dan sebagainya.

Tenaga diperlukan bagi benda bukan hidup untuk bergerak dan menjalankan tugas.


Sumber Tenaga

Matahari (Sun) merupakan sumber tenaga utama, dimana ianya membekalkan tenaga haba dan tenaga cahaya.

Tumbuhan hijau menggunakan tenaga daripada Matahari untuk membuat makanan.

Tenaga yang berasal daripada daripada tumbuhan dipindahkan kepada manusia dan haiwan apabila mereka memakan tumbuhan tersebut.

Tenaga juga boleh diperolehi daripada:
  • Air.
  • Angin.
  • Bahan api fosil.
  • Bateri.
  • Makanan.
  • Ombak.

Pelbagai sumber tenaga.

2 comments: